YTL Akan Bangunkan Infrastruktur Gentian Optik Di Landasasan Keretapi Sepanjang 1,600 Kilometer

TechnologyDigital
18 Apr 2025 • 5:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

YTL Communications kini diumumkan sebagai syarikat yang terpilih untuk bangunkan infrastruktur gentian optik sepanjang 1,600 kilometer melalui landasan keretapi di Malaysia. Pembangunan ini dikatakan sebagai salah satu kaedah menambah-baik dan menguatkan rangkaian serta infrastruktur digital Malaysia sendiri.

Gentian opik ini akan melalui Padang Besar ke Johor Bahru dan sehingga Tumpat di Kelantan.

Penawaran ini menjadikan YTL sebagai syarikat kedua yang akan membangunkan infrastruktur seumpamanya, selepas syarikat Fiberail Sdn Bhd yang sedia mempunyai hak eksklusif sehingga tahun 2032 kelak. Sebarang pembangunan baharu akan dilakukan secara rundingan teknikal bersama, tanpa menganggu sebarang infrastruktur sedia ada.

Pada masa yang sama, Menteri Pengangkutan mengatakan penawaran ini tidak eksklusif untuk YTL Communications, dan akan turut pertimbangkan syarikat pembekal komunikasi lain dari semasa ke semasa.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved