Yuri Girls’ Generation tinggalkan HM Entertainment

Entertainment
4 Sep 2026 • 3:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Yuri Girls’ Generation tinggalkan HM Entertainment

SEOUL: Ahli kumpulan Girls’ Generation, Yuri mengucapkan selamat tinggal kepada agensi, SM Entertainment selepas dibimbing agensi itu sejak menjadi pelatih pada 2001.

Menurut laporan MHN Sports, penyanyi dan pelakon tersebut memuat naik mesej perpisahan dan beberapa foto di media sosialnya, satu hari selepas kontrak bersama agensi tersebut ditamatkan.

“Saya menyertai agensi ini sebagai pelatih pada 2001. Kemudian, 25 tahun berlalu.

“Terima kasih kerana membesarkan, prihatin dan menyayangi saya,” katanya.

Meskipun kontrak bersama SM Entertainment berakhir pada 1 September lalu, penyanyi berasal dari Goyang, Korea Selatan itu akan tetap terlibat dalam semua aktiviti kumpulan K-Pop berkenaan termasuk rangka promosinya.

Dalam pada itu, pemilik nama penuh Kwon Yu-Ri itu belum mengesahkan mengenai penyertaan mana-mana agency selepas ini.

Penamatan kontrak itu dibuat pada 31 Julai lalu, namun atas kesepakatan kedua pihak, kontrak tersebut berakhir pada 31 Ogos lepas.

Yuri mula menyertai HM Entertainment pada 2001 dan kemudian membuat kemunculan sulung bersama Girls’ Generation pada 2007. – UTUSAN

The post Yuri Girls’ Generation tinggalkan HM Entertainment appeared first on Utusan Malaysia.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved