Selepas siri “Good Job”, Kwon Yu-ri akan menyapa penonton dalam drama baru tak lama lagi!
Bergandingan dengan Ko Soo, Yu-ri akan terajui drama baru berjudul “Parole Examiner Lee”, mengikuti seorang pekerja pemeriksa parol yang cuba memanipulasi sistem parol dengan menggunakan wang atau latar belakang mereka.
Dalam drama ini, ahli Girls’ Generation itu memainkan watak sebagai seorang detektif hebat, yang menangkap orang jahat untuk menjadikan dunia ini lebih baik.

Mengenai wataknya itu, Yu-ri akui bahawa dia telah menaikkan sehingga 7kg berat badan. Kongsinya,
Ia kerana saya harus melakukan adegan aksi pada musim sejuk. Jadi, saya bekerja keras untuk meningkatkan kekuatan fizikal saya dan menambah kira-kira 7kg berat.
Sementara itu, “Parole Examiner Lee” akan mula bersiaran pada 18 November nanti. Jangan lupa tonton!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.
The post Yuri Kongsi Berat Badan Naik Sehingga 7kg Untuk Drama ‘Parole Examiner Lee’ first appeared on KimchiDaily.my.

