Kerajaan Memperkenalkan Laman Web Belanjawan 2020 Untuk Memudahkan Rakyat Menyalurkan Cadangan

TechnologyDigital
8 Aug 2019 • 4:55 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Rancangan Malaysia Ke-12, ataupun Belanjawan 2020 akan dibentangkan pada 11 Oktober 2019. Melalui pembentangan ini, kerajaan akan memperkenalkan pelbagai inisiatif dan kemaskini kepada keadaan ekonomi negara, dan cara-cara bagaimana kerajaan akan mendapatkan dan membelanjakan wang negara untuk keselesaan rakyat.

image is not available

Sehubungan dengan itu, pihak kerajaan telah memperkenalkan laman web Belanjawan 2020 dimana rakyat Malaysia boleh memasukkan cadangan tentang apakah yang boleh dilakukan oleh kerajaan untuk memperkasakan lagi rakyat dan negara ini.

Laman web tersebut akan dibuka pada 9 Ogos sehingga 11 September 2019 dimana pihak kerajaan akan kemudiannya mengumpul semua cadangan-cadangan tersebut dan memasukkannya kedalam teks belanjawan apabila ia akan dipersembahkan pada bulan Oktober kelak.