Polis keluarkan 227 saman pelbagai kesalahan

19 Jan 2020 • 3:20 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

SEREMBAN - Polis Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban mengeluarkan sebanyak 227 saman membabitkan pelbagai kesalahan dalam Ops Samseng Jalanan di Plaza Tol Senawang, dekat sini awal pagi tadi.

Polis turut menahan empat lelaki berusia di antara 19 hingga 21 tahun dan menyita motosikal mereka kerana menunggang secara berbahaya dan bersaing sesama sendiri serta berulang-alik dari Plaza Tol Seremban-Labu hingga ke Plaza Tol Senawang.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Negeri Sembilan, Superintendan Ibrahim Mohd Abdul Kadir berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 20 tahun kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan.

image is not available
Antara yang ditahan dalam Ops Samseng Jalanan di sekitar Senawang hari ini.

"Kesemua yang ditahan akan dituduh di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM15,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim berkata, seramai 153 penunggang motosikal diperiksa dalam operasi membabitkan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban dan bahagian trafik IPK Negeri Sembilan.


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved