Barat kena terima Timur setaraf atau lebih baik sekarang

30 May 2019 • 1:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TOKYO - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Barat harus menerima bahawa penyelidikan dan pembangunan selama bertahun-tahun, telah meningkatkan keupayaan negara Timur, yang tidak lagi meniru produk dari Barat.

"Pada mulanya mereka meniru produk dari Barat, kemudiannya mereka menghasilkan produk yang lebih baik dan menerusi penyelidikan, mereka menghasilkan produk yang lebih baik... dalam bidang telefon, contohnya, Korea, Jepun dan China, yang membelanjakan lebih banyak wang untuk penyelidikan dan pembangunan berbanding kemungkinan di Eropah dan AS.

Menerusi pelaburan yang lebih besar, Timur telah meningkatkan produk, dan dunia mesti menerima realiti baharu ini, katanya.

"(Sebagai contoh), saya faham Huawei mempunyai kelebihan yang besar terhadap teknologi Amerika.

“Namun jika anda mahu situasi di mana anda sentiasa berada di hadapan, dan apabila anda tidak berada di hadapan, saya akan mengharamkan anda dan menghantar kapal perang ke negara anda, ini bukan persaingan, ini mengancam rakyat dan bukanlah pendekatan yang boleh digunakan.

"Dahulu kita mengharapkan segala-galanya dari Barat, kini ia datang dari Timur," katanya pada sesi dialog di Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia (Nikkei Conference) di sini hari ini.

Dr Mahathir tiba di Tokyo malam tadi untuk lawatan kerja tiga hari. - Bernama


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved