Sajian tradisi 14 negeri di Hotel Seri Pacific

14 May 2019 • 2:31 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

HOTEL Seri Pacific, Kuala Lumpur menawarkan sajian bufet Ramadan mengikut selera masyarakat di negara ini.

Berkonsepkan Sajian Tradisi Zaman Ke Zaman, pihak hotel menggabungkan sajian dari 14 buah negeri.

Selain itu, bagi meraikan kepelbagaian adat resam, masakan Cina, India, ala Barat dan Jepun juga termasuk dalam senarai bufet Ramadan.

Penulis menggemari kerabu kaki ayam Kampung Kerinchi (Kuala Lumpur), umai ikan merah (Sabah) dan talang masin cili bawang Pangkor dari Perak.

Kepada yang meminati masakan kampung, hidangan yang dicadangkan untuk anda cuba ialah ayam panggang/percik kuah putih, udang rendang daun kunyit, telur itik masak lemak Rembau, asam pedas ikan pari Merlimau, ikan patin masak tempoyak Temerloh dan nangka masak lemak Gelang Patah.

Pada masa sama, pihak hotel menyediakan dua tempat bufet sebagai pilihan kepada pengunjung iaitu di tingkat 4, Atrium dan di lobi Restoran Zende.

Berkenaan harga pula, RM120 bagi dewasa dan RM60 untuk kanak-kanak).

image is not available
Ulam-ulaman enak dinikmati bersama sambal belacan, budu atau cencaluk.

image is not available
Anda boleh menikmati pelbagai hidangan dari 14 negeri.

image is not available
Aneka kuih yang menyelerakan

image is not available
Kuih badak berendam yang enak

image is not available
Warna kuih yang pelbagai membangkitkan keinginan untuk menikmatinya

image is not available
Anda juga boleh menikmati bubur sebagai pencuci mulut


View Original Article