Black Shark 3 Pro Mungkin Akan Diperkenalkan Dengan Skrin 7.1-Inci

TechnologyDigital
3 Mar 2020 • 7:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tahun ini Black Shark akan melancarkan peranti gaming mereka yang baharu, iaitu Black Shark 3. Kita sudah tahu yang peranti ini akan hadir dengan sistem pengecasan bermagnet seakan Apple MagSafe dan juga mempunyai butang taktil fizikal. Terkini, laporan mengatakan Black Shark akan hadir dengan dua peranti terus – iaitu Black Shark 3 dan Black Shark 3 Pro.

image is not available

Laporan ini tidak mengejutkan, kerana ini adalah strategi biasa untuk sesebuah pengeluar peranti. Apa yang mengejutkan adalah skrin yang digunakan pada Black Shark 3 Pro. Skrin pada peranti ini dikatakan akan menggunakan saiz 7.1-inci. Secara tidak langsung adalah saiz paling besar untuk peranti mercu tahun ini selepas Samsung Galaxy S20 Ultra. Adakah ini akan menjadi trend tahun 2020, peranti bersaiz hampir atau lebih 7-inci akan dikira sebagai telefon dan bukan lagi tablet? Konsep phablet moden mungkin?

Bukan itu sahaja, setiap peranti Black Shark 3 turut akan menggunakan skrin yang mempunyai pengiktirafan HDR10+ dan teknologi TrueView.

image is not available

Sumber turut berkongsi yang Black Shark 3 akan menggunakan sistem penyejukan cecair pada bahagian atas dan bawah papan induk peranti. Ini adalah bagi menjamin suhu yang sejuk sentiasa pada peranti ketika mengecas dan bermain permua. Selain itu, JoyUI yang digunakan pada peranti Black Shark turut akan memperkenalkan beberapa fungsi gaming baharu, mod tema gelap, dan kawalan suara untuk mengawal watak dalam permainan video.