Volkwagen ID.3 Dilancarkan – Kereta Elektrik Dengan Jarak Operasi Sehingga 550km

TechnologyDigital
10 Sep 2019 • 5:51 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Volkwagen ID.3 dilancarkan hari ini di Pameran Kereta Frankfurt. Ia merupakan kenderaan pertama di dalam siri ID.3 yang dibangunkan sepenuhnya untuk menggunakan bateri. Ia adalah kesinambungan kepada usaha Volkwagen melancarkan kenderaan elektrik selepas e-Golf dan e-up!

image is not available
ID.3 ditawarkan dengan tiga pilihan kapasiti bateri 45 kWh, 58 kWh dan 77 kWh. Versi dengan bateri paling besar memberikan jarak operasi sehingga 550 km manakala versi paling asas memberikan jarak operasi 330 mAh. Sistem pengecasan sehingga 100 kW disokong yang memberikan jarak operasi sehingga 290 km selepas pengecasan selama 30 minit.

image is not availableKenderaan ini dilengkapi motor elektrik pada tayar belakang yang memberikan kelajuan maksimum 160 km/j sahaja. Terdapat dua paparan LCD di dalam kabin dengan skrin utama di bahagian tengah sebesar 10 inci dengan sokongan sesentuh. Dari segi kemampuan audio pula, pembesar suara keluaran Beats digunakan.

image is not available

Volkswagen ID.3 dengan kapasiti 45 kWh akan ditawarkan pada harga sekitar 30,000 Euro (~RM 138,000. Buat masa ini ia hanya akan ditawarkan dalam versi 58 kWh di Eropah pada harga 40,000 Euro (~RM184,000).

View Original Article