Arab Saudi Menghalang Kemasukan Ke Mekah Dan Madinah Untuk Ibadah Umrah Kerana Covid-19

TechnologyDigitalSpace
27 Feb 2020 • 8:06 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Kerajaan Arab Saudi pagi ini mengumumkan halangan memasuki Kota Mekah dan Madinah untuk mengerjakan ibadah umrah kerana risiko penyebaran wabak Covid-19. Tindakan ini diambil selepas dunia melihat jumlah kes kematian serta penghidap akibat wabak ini di negara-negara Timur Tengah.

Selain menghalang jemaah dari melakukan umrah, Saudi juga menghalang pemberian visa kepada pelawat yang berasal dari negara yang mempunyai risiko tinggi membawa virus. Senarai negara yang jatuh ke dalam kategori ini tidak pula diberikan pada waktu ini.

Tindakan yang diambil tidak pernah dilakukan sebelum ini walaupun ketika kemuncak wabak MERS pada tahun 2012 yang meragut 600 nyawa. Seperti MERS, virus SARS-CoV-2 yang mengakibatkan Covid-19 adalah dari keluarga koronavirus.