Zahid Hamidi Jamin Festival Muzikal Air Bukit Bintang Tak Sama Dengan Songkran

LocalPolitics
2 Feb 2026 • 12:50 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beri jaminan Festival Muzikal Air yang dirancang berlangsung Mei ini tidak akan cetus kontroversi.

Beliau maklum isu yang timbul sebab festival itu dikatakan mirip dengan Songkran di Thailand.

Kita akan menyesuaikan (acara) supaya perkara-perkara yang menjadi kontroversi dan polemik ini kita dapat kendurkan.- Katanya.

Zahid Hamidi akui ada kebimbangan awam

image is not available

Festival ini adalah antara acara utama dalam kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, yang turut melibatkan sambutan Hari Pekerja Pelancongan di sekitar Bukit Bintang.

Namun, reaksi orang ramai agak bercampur. Ada yang risau ia terlalu menyerupai Songkran, hingga timbul desakan agar ia dibatalkan terus.

Sebagai langkah penyelesaian, Zahid Hamidi tegaskan ia akan diolah semula agar tak lari daripada nilai tempatan.

Sambutan hangat untuk program lain VMY2026

image is not available

Zahid juga maklumkan acara larian santai sempena Hari Wilayah Persekutuan baru-baru ni terima sambutan luar jangkaan.

Pada awalnya kita menyasarkan kira-kira 3,000 peserta namun jumlah yang mendaftar termasuk penyertaan tanpa pendaftaran melebihi 5,000 orang.- Katanya.

Program seperti ini katanya mampu galakkan perpaduan dan jadi tarikan pelancongan domestik.

Fokus promosi Malaysia ikut segmen pelancong

image is not available

Mengulas perancangan pelancongan untuk VMY2026, Zahid Hamidi tekankan pentingnya acara dirancang mengikut minat kumpulan sasaran, bukan guna pendekatan ‘satu acuan untuk semua’.

Kita tidak boleh menggunakan satu bentuk publisiti untuk semua kumpulan, sebaliknya perlu berasaskan segmen sasaran yang berbeza dan acara itu mesti sesuai dengan kumpulan berkenaan.- Jelasnya lagi.

Beliau juga hargai usaha MOTAC dan Tourism Malaysia yang giat anjur fam trip untuk promosi lebih berkesan.

Pssttt! Harapnya anjuran Malaysia lebih beradab dan tidak ditiru bulat-bulat dari luar. Bila nak buat festival, penting untuk faham sensitiviti dan budaya tempatan supaya semua orang selesa dan enjoy.

Kredit: Berita Harian
Reaksi netizen di Facebook, X, dan Instagram.

** Selain dari Whatsapp Channel, dapatkan kemaskini Oh! Media setiap hari terus ke emel melalui langganan percuma di bawah.

The post Zahid Hamidi Jamin Festival Muzikal Air Bukit Bintang Tak Sama Dengan Songkran appeared first on Oh! Media.