Zahid Hamidi mohon maaf kekhilafan sebut ‘Hidup I$r@3i’

5 Aug 2024 • 5:19 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf atas kekhilafan beliau semasa berucap di malam Himpunan Pembebasan Palestin yang diadakan di Axiata Arena Bukit Jalil pada malam tadi.

Dalam ucapannya itu, beliau terkhilaf menyebut sokongan terhadap Israel. Menerusi hantaran di media sosial, dia memohon maaf kerana keghairahannya.

“Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

“Namun hati yang tulus ikhlas ini tetap membara untuk melaungkan Bebas Palestin! Hidup Palestin! Merdeka Palestin,” katanya.

Program yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri dan pemimpin yang lain disambut dengan penuh semangat solidarity oleh ribuan rakyat jelata.

Terdahulu, tular di media sosial Timbalan Perdana Menteri menyebut perkataan Israel dan kedengaran suara penonton yang hadir membetulkan perkataan tersebut.

Dalam pada itu, Zahid Hamidi menyuarakan cinta terhadap keamanan dan kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya kezaliman.

“Hadirnya kita hari ini sebagai rasa cinta terhadap keamanan, kedamaian dan menolak sekeras-kerasnya penindasan serta kezaliman manusiawi.

“Malam ini juga kami berkumpul bagi memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh dengan kejam.

“Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan,” katanya.