Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa pembangunan kemahiran teknikal dan vokasional (TVET) serta modal insan merupakan kunci utama bagi memastikan negara mampu bersaing dalam era kecerdasan buatan (AI) yang semakin pesat berkembang. Berucap ketika merasmikan Global Skills Forum 2025 (GSF 2025)bersempena ASEAN Year of Skills 2025 di Kuala Lumpur, Zahid menyatakan dunia pekerjaan kini sedang berubah dengan begitu pantas akibat kemunculan teknologi baharu, automasi dan ekonomi hijau. Justeru, Malaysia perlu memastikan rakyatnya bersedia dengan kemahiran yang relevan dan mudah menyesuaikan diri. Dalam masa yang sama, beliau turut menyifatkan GSF 2025 sebagai detik bersejarah kerana buat pertama kalinya Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) menganjurkannya di luar Geneva, sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebagai pusat perbincangan utama mengenai masa depan kemahiran global. Sebagai Pengerusi Majlis TVET Negara, beliau menegaskan bahawa kemahiran dan ilmu pengetahuan merupakan aset sebenar sesebuah negara, bukan sekadar sumber alam atau kekayaan material. Malaysia katanya, menerusi kerangka Malaysia MADANI, komited untuk memperkukuh ekosistem TVET agar sejajar dengan keperluan industri serta kemajuan teknologi masa kini. Susulan daripada itu, Zahid menyeru sektor swasta agar menjadi rakan strategik kerajaan dalam membentuk tenaga kerja berkemahiran tinggi melalui pelaburan dan latihan yang berterusan. Beliau menekankan bahawa kemajuan hanya akan bermakna apabila kerajaan, industri dan rakyat berganding bahu membina masa depan bersama. Artikel lain: PolyCC cipta rekod kebangsaan dalam LLM, angkat inovasi AI TVET Difahamkan, GSF 2025 ini menghimpunkan hampir 50 negara dari ASEAN dan antarabangsa dan ia membuktikan kesungguhan Malaysia dalam memperkukuh agenda pembangunan kemahiran sebagai asas kepada kemajuan ekonomi dan kesejahteraan sosial serantau.Zahid Hamidi nyatakan dunia pekerjaan sedang berubah
“Kita diingatkan bahawa kemahiran adalah mata wang sebenar masa hadapan, dan ilmu pengetahuan merupakan kunci yang membuka pintu kepada kemakmuran bersama,” katanya.

Zahid Hamidi sifatkan GSF 2025 sebagai detik bersejarah

Kemahiran & ilmu pengetahuan aset sebenar negara
“Kita tidak boleh membina bandar pintar tanpa warganya yang bijaksana, dan kita tidak boleh mengejar inovasi tanpa keterangkuman,” ujarnya.
Zahid Hamidi seru sektor swasta jadi rakan strategik kerajaan
“Kisah tentang kemahiran bukan hanya berkaitan dengan pekerjaan — tetapi berkaitan dengan nilai diri. Ia menggambarkan maruah seorang anak muda yang mahu belajar, kebanggaan seorang pekerja yang mampu memimpin, serta kekuatan sebuah negara yang percaya kepada rakyatnya,” katanya mengakhiri ucapan.


