Zahid Hamidi Tersasul Laung ‘Hidup Isra*l’ Undang Tidak Puas Hati Ramai

5 Aug 2024 • 1:16 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Tular di media sosial satu video menunjukkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi melaungkan ‘Hidup Israel’ telah mengundang rasa tidak puas hati ramai.

Terbaru! Menerusi Facebook, Zahid tampil membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia dan mengakui khilaf kerana terlalu bersemangat ketika itu sampaikan tersasul.

Saya hadir bersama ribuan rakyat Malaysia bagi memberi dokongan dan tanda solidariti kita untuk pembebasan Palestin. Dalam keghairahan dan rasa penuh semangat tadi, saya memohon maaf atas kekhilafan saya dalam berbicara.

Perhimpunan yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada malam tadi itu dilakukan untuk memperingati As-Syahid Al Mujahid Ismail Haniyeh yang telah dibunuh kejam oleh negara ‘pendatang haram’ kata Timbalan Perdana Menteri.

Namun, walau seorang Ismail Haniyeh gugur ribuan mujahid lagi akan dilahirkan

image is not available

Jap!