Zahid Hamidi Yakin Penyatuan BN Dan PH Adalah Takdir Allah

Politics
2 Aug 2023 • 1:53 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Pengerusi Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dengan yakinnya merasakan penyatuan parti BN dan Pakatan Harapan (PH) adalah takdir Allah.

Zahid berkata begitu ketika berada di Seremban, Negeri Sembilan dan mengakui tak pernah terfikir untuk berjuang bersama.

“Kalau itu bukan takdir ALLAH, apa namanya? Tak kurang satu dan tak lebih satu pun” – Zahid Hamidi.

image is not available

Sembilan bulan yang lalu, pernah tak kita terfikir orang PKR dengan kita? Dia kutuk kita, kita kutuk dia. Itu sebab kita kalah.

Tapi, Allah telah takdirkan. Kita lihat bagaimana saudara kita dari PKR, Amanah dan DAP sanggup melupakan garis-garis pemisau lalu. Ini demi kepentingan rakyat dan Kerajaan Perpaduan.

Zahid dalam pada itu turut berterima kasih kepada Mat Sabu kerana sudi menyerahkan kerusi Amanah mereka kepada BN di DUN Lenggeng.

Kredit: Sinar Harian

 + Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.