Zahid kata Mahathir ‘liabiliti’, kerajaan perpaduan lebih besar daripada Proklamasi Melayu

Politics
4 May 2023 • 5:42 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PETALING JAYA: Zahid Hamidi menyifatkan Dr Mahathir Mohamad sebagai “liabiliti” baharu dalam politik tanah air, menyatakan kerajaan perpaduan mempunyai makna lebih besar berbanding proklamasi digerakkan bekas perdana menteri itu.

Presiden Umno berkata, walaupun soal etnik menjadi isu akar umbi, namun bangsa Malaysia yang besar dan konsep Malaysia Madani didukung ketika ini harus diutamakan.

“Saya mengucapkan selamat maju jaya atas pertemuan Presiden PAS Abdul Hadi Awang dan Dr Mahathir. Ucapan ini kerana kita tahu Mahathir adalah liabiliti baharu dalam politik tanah air.

“Ini dijawab dengan kekalahannya di Langkawi dan hilang deposit, malah tiada calon dari partinya yang menang (pada pilihan raya lalu).

SPONSORED CONTENT Carlsberg gets inked to celebrate pride of Sabah, Sarawak SHAH ALAM: Carlsberg Smooth Draught returns to celebrate Sabahan and Sarawakian pride for the third consecutive year with artful traditional tattooing designs of six beautiful icons from the Borneo islands. Read more “Kalau pertemuan ini (Proklamasi Orang Melayu) kononnya untuk penyatuan dan perpaduan orang Melayu, harus diketahui bahawa walaupun Umno parti orang Melayu dan Bumiputera yang besar, kerajaan perpaduan mempunyai makna yang lebih besar untuk negara kita,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata demikian ketika mengulas pertemuan Hadi dengan Mahathir berhubung Proklamasi Orang Melayu, baru-baru ini.

Zahid yang juga timbalan perdana menteri berkata, politik berkecamuk yang berlaku sepenggal lalu menjejaskan negara.

“Cukuplah sepenggal lalu politik kita berkecamuk dan kita dapat tiga kepemimpinan yang berbeza. Lihatlah apa akibat yang berlaku kepada negara kita.

“Kini, kita sama-sama bentuk (kerajaan perpaduan) bersama Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dengan 19 parti dalam empat gabungan utama, jadi ini yang menjadi keutamaan,” katanya.

Katanya, beliau juga menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, semalam, yang menyuarakan kebimbangan berhubung isu kestabilan kerajaan.

“Semua pemimpin parti politik perlu menghayati dan menjunjung titah Sultan Ibrahim itu sejajar hasrat untuk maju dan membentuk negara yang stabil daripada segi politik dan ekonomi.

“Kita mahu politik yang stabil, selain mahu pelaburan luar dan dalam meningkat kerana kita mahu mengutamakan pertumbuhan ekonomi. Kerajaan sekarang stabil dengan 148 Ahli Parlimen menyokong dan sokongan itu harus ditambah,” katanya

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.