Zahid Kata Tiada Makluman Zafrul Ingin Keluar UMNO, PMX Sahkan Ada Perbincangan Awal

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 8:46 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Dua hari lepas, sebuah portal media telah mendedahkan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dan ketua bahagian UMNO Kota Raja bakal sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Portal itu turut mendedahkan, jika penyertaan Tengku Zafrul berlaku. Beliau dijangka akan memainkan peranan yang lebih besar. Ada juga sumber rapat berkata, Zafrul mungkin diangkat sebagai calon ‘Menteri Besar Selangor’ yang baru.

Desas-desus terjawab, Anwar sahkan ada perbincangan

image is not available
Kredit foto: Facebook Tengku Zafrul

Terbaru, menerusi laporan daripda Harian Metro. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengesahkan wujud perbincangan awal berkenaan Tengku Zafrul masuk ke dalam PKR.

Beliau yang juga Presiden PKR berkata, partinya adalah parti yang terbuka kepada mana-mana pemimpin atau individu yang ingin menyumbang dan berbakti kepada parti itu.

Namun, kemasukan seseorang itu seharusnya dilakukan dengan cara yang baik, supaya hubungan dengan rakan parti lain terutama UMNO tidak terjejas dan terkesan.

Sekarang ini ada perbincangan awal…perbincangan dulu. Prinsipnya kita ambil sikap terbuka orang yang boleh beri sumbangan tetapi dengan cara baik supaya hubungan dengan rakan parti termasuk Umno adalah baik. – Katanya

Zahid tidak terima makluman, seru parti kerajaan jaga perpaduan

image is not available
Kredit foto: Facebook Zahid Hamidi

Menerusi laporan Berita Harian, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkenaan Tengku Zafrul ingin keluar daripada parti itu.

Beliau turut berkata, setakat ini tiada apa-apa perjumpaan yang dilakukan oleh pihak Tengku Zafrul yang juga Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, untuk membincangkan perkara itu.

Jadi kita tak dapat mengesahkan berita berkenaannya – Katanya ringkas

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri, turut mengingatkan kepada semua ahli dan pimpinan parti UMNO serta rakan-rakan dalam kerajaan perpaduan untuk mengutamakan kepentingan parti melebihi kepentingan peribadi masing-masing.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: Harian Metro & Berita Harian