Zahid mendahului di Bagan Datuk

Politics
19 Nov 2022 • 10:03 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ahmad Zahid - Foto Bernama

IPOH - Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului undi bagi keputusan tidak rasmi bagi kerusi Parlimen Bagan Datuk dengan memperoleh 2,157 undi.

Calon PH, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin memperoleh 1,455 undi diikuti Dr Muhammad Faiz Na’aman (PN) sebanyak 811 undi manakala calon Bebas, Tawfik Tun Dr Ismail memperoleh 34 undi.

Jumlah tersebut berdasarkan 22 daripada 125 peti undi yang telah dikira dan majoriti setakat ini sebanyak 702 undi.

Pada PRU14, Ahmad Zahid menang dengan majoriti 5,073 undi.