Zahid: Projek tebatan banjir akan dilaksanakan sehingga tahun 2100

15 Dec 2022 • 2:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

PASIR MAS: Kerajaan akan terus melaksanakan projek tebatan banjir bagi menangani masalah bah di negara ini dalam tempoh jangka panjang sehingga tahun 2100.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perancangan yang mengambil masa selama 78 tahun itu akan dilakukan secara berfasa.

“Projek tebatan banjir ini akan dilakukan secara berfasa di kawasan yang sering mengalami banjir dan limpahan hujan dan projek ini membabitkan peruntukan yang besar,“ katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan kerja dan menziarahi mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Tok Deh, di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob.

Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata antara pelan yang akan dilaksanakan termasuk menggali kuala atau muara sungai bagi mendalamkan kawasan sungai bagi memudahkan aliran air bergerak ke laut.

“Terdapat juga longgokan pasir di muara sungai yang menyebabkan aliran air tersekat sehingga menyebabkan berlakunya banjir.

“Oleh itu, apabila kita melakukan proses menggali pasir ini, ia boleh melebarkan sungai sekali gus dapat menyelesaikan masalah aliran air di kawasan yang terjejas banjir kerana keutamaan akan dilakukan di kawasan berlaku limpahan air atau banjir,“ katanya. - Bernama