Zahid sindir PN, dakwa ada rekod baik tadbir negara -“Tak boleh halang orang berangan”

LocalPolitics
19 Jul 2025 • 4:59 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyindir dakwaan Perikatan Nasional (PN) yang kononnya memiliki rekod baik tadbir negara berbanding kerajaan sekarang dengan menyifatkan kenyataan itu sekadar angan-angan.

image is not available

Ada rekod baik tadbir negara atau kerajaan gagal?

Memetik laporan daripada Sinar Harian, Zahid menyatakan bahawa kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yasin dikenali sebagai ‘kerajaan gagal’ sebelum ini dan cukuplah setakat itu tanpa perlu mengulanginya lagi.

“Kita tidak boleh menghalang seseorang itu untuk berangan-angan, angan-angan itu tidak perlu dibayar. Tapi cukuplah rasanya, kerana ketika beliau mentadbir dahulu, kerajaan beliau dikenali sebagai kerajaan gagal.

“Janganlah ulangi kegagalan itu semula,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Tampin.

image is not available

Rekod baik tadbir negara ketika pandemik?

Respon yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri itu susulan mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dimana mendakwa PN mempunyai pengalaman dan rekod lebih baik ketika mengemudi negara semasa pandemik Covid-19.

image is not available

Pengerusi PN itu turut menegaskan mereka akan membentuk dasar baharu yang lebih menjaga kebajikan rakyat serta memansuhkan beberapa amalan kerajaan sedia ada jika kembali mentadbir negara.

Sumber: Sinar Harian (Syamilha Zulkifli)