Zahirah Macwilson Teliti Pilih ‘Job’ , Bergilir Kerja Dengan Aiman Hakim — “Itu Pengorbanan Saya Sebagai Ibu”

EntertainmentFamily & Parenting
17 Nov 2025 • 8:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Pelakon Zahirah Macwilson mendedahkan bahawa dia dan suaminya, Aiman Hakim Ridza, kini bergilir keluar bekerja demi memastikan dua cahaya mata mereka tidak dijaga sepenuhnya oleh pembantu rumah.

Menurut Zahirah, 30, mereka mengambil keputusan untuk menyusun jadual projek masing-masing agar sentiasa ada salah seorang berada di rumah sepanjang masa.

Advertisement

View this post on Instagram

“Setakat ini kami cuba untuk tidak tinggalkan anak-anak dengan pembantu.

Kalau Aiman ada penggambaran, saya akan duduk di rumah jaga anak-anak. Kalau saya kerja, giliran Aiman pula.

Saya tak terkilan menolak tawaran. Itu pengorbanan saya sebagai ibu. Kalau ada rezeki, Allah akan bagi. Anak-anak pun masih kecil.”

Zahirah berkongsi perkara itu ketika ditemui di set penggambaran drama terbaharunya terbitan Astro Shaw berjudul Good Boys Go to Heaven.

Hampir dua tahun tidak berlakon drama bersiri, Zahirah mengakui tertarik dengan projek tersebut kerana naskhahnya yang sarat dengan emosi — malah membuatkan dirinya tersentuh sebelum membaca skrip.

View this post on Instagram

“Belum baca skrip pun saya dah tersentuh bila Ariff terangkan sedikit tentang drama ini. Mungkin sebab saya ibu, jadi watak Dahlia sangat dekat dengan saya.”

“Sesi bacaan skrip pun saya banyak kali menangis. Ini antara watak paling berat pernah saya bawa kerana perlu menghayati emosi seorang ibu kehilangan anak.”

Selepas bertahun-tahun membintangi pelbagai drama cinta dan naskhah arus perdana, Zahirah berkata dia kini lebih selektif dalam memilih projek yang mampu mencabar kemampuan lakonannya.

“Saya dah berlakon sejak umur 20 tahun. Banyak watak saya dah cuba. Tapi sampai masa saya mahu sesuatu yang lebih mencabar dan beri impak.”

“Belum ada projek seterusnya, tapi ada beberapa tawaran sedang saya pertimbangkan.”

Keputusan Zahirah untuk terus mengutamakan keluarga sambil berkembang sebagai pelakon mendapat pujian peminat yang menyifatkannya sebagai contoh ibu bekerja yang penuh dedikasi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available
2025-11-17 16:12:41

Buka Butang Baju Ketika Di Konsert GV, Penampilan Que Haidar Dikritik - "Sakit Mata Tengok, Geli Je"

The post Zahirah Macwilson Teliti Pilih ‘Job’ , Bergilir Kerja Dengan Aiman Hakim — “Itu Pengorbanan Saya Sebagai Ibu” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

View Original Article