Zahnita gagal tahan sebak, menitis air mata selepas terima rawatan pemutihan gigi

EntertainmentBeauty
15 Jan 2025 • 5:19 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Bekas pelakon dan model, Zahnita gagal tahan sebak apabila senyumannya kembali terukir selepas selesai melakukan rawatan pemutihan gigi oleh sebuah klinik pergigian terletak di Kuantan, di sini.

Klinik pergigian itu di akaun rasmi Instagram memaklumkan Zahnita berpeluang untuk mendapatkan kembali senyuman ‘manis’ dengan hanya melakukan beberapa rawatan.

image is not available

image is not available

image is not available

Zahnita gagal tahan sebak

Berdasarkan perkongsian, memaparkan pemilik nama Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 40, diberikan rawatan pemutihan gigi sebelum kemudiannya menangis terharu selepas selesai rawatan sebanyak dua kali.

image is not available image is not available image is not available

image is not available

Di ruangan komen, Zahnita berterima kasih kepada doktor yang menjalankan rawatan pemutihan giginya termasuk warganet.

“Terima kasih doktor Ima. Terima kasih semua orang di sini,”tulisnya ringkas.

image is not available

Bahasa tubuh nampak terseksa

Sementara itu, di ruangan komen, ramai yang merasakan Zahnita terharu kerana sudah lama tidak menjaga penampilan dirinya.

Malah ada yang mengatakan dapat dilihat mental ibu kepada empat anak itu berada dalam keadaan terseksa.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available

Nama Zahnita mula menjadi bualan ramai selepas dia memuat naik keadaan dirinya mempunyai kesan kecederaan di beberapa bahagian wajah dan badan akibat menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Susulan daripada itu, suaminya, Abdul Zackery telah ditahan reman bagi menbantu siasatan berhubung laporan polis yang dibuat namun mengaku tidak bersalah di mahkamah.

Dalam pada itu, Zahnita juga nekad menfailkan penceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuantan, Pahang.

Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 2005 dan dikurniakan empat anak, iaitu Zahrafeena, 18, Zasharayna Ghouse, 13, Zahlia Syawwal, 8, dan Abd Zayden, 4.

Sumber: IG kpimadental