Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

LocalFood
17 Apr 2026 • 3:25 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Seorang pembuat piza tempatan, Zaini Ahmad mencatat pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan ke-92 dalam kategori Napolitana STG Pizza di Pizza World Championship 2026 yang berlangsung di Parma, Itali.

Menerusi perkongsian di Threads, Zaini menjelaskan penyertaannya dalam pertandingan berprestij itu bukan semata-mata untuk mengejar kemenangan, sebaliknya sebagai peluang menimba ilmu serta pengalaman di pentas antarabangsa.

Image from: Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

“Untuk kategori Napolitana STG Pizza, saya berada di kedudukan 92 daripada 112 peserta (senarai belum rasmi).
“Untuk kategori The Fastest, saya berada di kedudukan 17 daripada 29 peserta, dengan masa 01:27:02 saat untuk membuka lima doh pizza paling laju.
“Secara keseluruhan, pertandingan ini melibatkan 770 peserta dari 50 negara. Ini adalah permulaan, bukannya kejayaan,” jelasnya.

Image from: Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

Image from: Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

Image from: Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

Image from: Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026

Dalam pada itu, Zaini turut merendah diri apabila menyatakan bahawa gelaran ‘cef’ yang sering diberikan kepadanya dirasakan belum layak untuk disandang.

“Untuk pengetahuan semua, sama ada yang dah kenal atau yang baru kenal, saya bukan Cef Zaini.
“Saya hanyalah seorang pizza chef, sama seperti pizza chef lain di Malaysia. Bagi saya, gelaran ‘chef’ itu sangat berat, dan saya rasa saya belum layak untuk memegang gelaran tersebut,” ujarnya.

Artikel lain: Individu Label Pasta Wagyu Jofliam Gagal, Beli RM75 Tapi Dibungkus Plastik Sampah

Terdahulu, Zaini menjadi perhatian ramai selepas berkongsi penyertaannya dalam pertandingan berprestij yang berlangsung dari 14 hingga 16 April lalu di Parma, Itali.

Sumber: Threads zaini.pizza

The post Zaini Ahmad Harumkan Nama Malaysia, Raih Tempat Ke-92 Pizza World Championship 2026 appeared first on Borak Daily.

View Original Article