Zainol MacWilson tak sabar jumpa cucu, nasihat anak & menantu waspada manusia toksik

6 Jun 2024 • 3:11 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon Zainol MacWilson luah rasa syukur apabila anak perempuannya iaitu Zahirah MacWilson selamat melahirkan anak kedua pada 31 Mei lalu.

Ujar Zainol atau nama sebenarnya Zainol Mohd Johari Macwilson, dia tidak sabar untuk bertemu dengan keluarga aktres tersebut.

Zainol MacWilson

image is not available

“Saya bersyukur memiliki Zahirah, menantu saya, Aiman dan cucu-cucu yang sangat comel. Tak sabar nak sambut kalian pulang!” Katanya.

Pelakon yang berusia 66 tahun itu berkata sedemikian menerusi sebuah komen yang ditinggalkan dalam satu hantaran di Instagram Zahirah.

Bukan itu sahaja, Zainol turut menitipkan nasihat kepada Zahirah dan menantunya, aktor Aiman Hakim untuk berwaspada dengan manusia berfikiran toksik.

Zainol MacWilson

image is not available

“Sentiasa berhati-hati dan dengan orang toksik (mereka ada dimana-mana). Semoga Allah berkati kamu kak (Zahirah), Aiman dan dua cucu-cucu saya Amin,” ujarnya.

Untuk pengetahuan semua, Zahirah melahirkan cahaya mata kedua di Perth, Australia dan diberi nama Inara Raisa.

image is not available

Sekadar info, Zahirah adalah anak sulung kepada Zainol hasil perkahwinan bersama Maslinda Yusof. Bagaimanapun, mereka telah bercerai pada November 2016.

Sumber: Instagram @Zahirah Macwilson