
Zakat fitrah ialah zakat wajib yang ditunaikan oleh setiap Muslim pada bulan Ramadan sebelum solat Aidilfitri. Ia berperanan sebagai pelengkap ibadah puasa sepanjang Ramadan dan pada masa yang sama menjadi bentuk bantuan kepada golongan yang memerlukan. Kadar zakat fitrah ditentukan oleh Majlis Agama Islam negeri berdasarkan harga beras semasa. Setiap negeri menetapkan kadar yang berbeza biasanya antara RM7.50 hingga RM25 bergantung pada jenis beras yang menjadi makanan harian.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2026 Seluruh Negeri
Berikut merupakan kadar zakat fitrah bagi setiap negeri di Malaysia untuk tahun 2026 sebagaimana yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
| Negeri / Wilayah | Kadar Zakat Fitrah (RM) |
| Johor | 8 / 10 / 20 |
| Kedah | 9 / 15 / 23 |
| Kelantan | 10 / 22 |
| Melaka | 8 / 15 / 22 |
| Negeri Sembilan | 7.50 / 12 / 20 |
| Pahang | 8 / 14 / 21 |
| Perak | 10 / 16 / 25 |
| Perlis | 9 |
| Pulau Pinang | 10 / 15 / 25 |
| Selangor | 8 / 16 / 25 |
| Sabah | 7.50 / 15 |
| Sarawak | 7.50 |
| Terengganu | 10 / 20 |
| Kuala Lumpur, Putrajaya & Labuan | 8/15/25 |

Kaedah Pembayaran Zakat Fitrah 2026
Berikut ialah beberapa senarai aplikasi dan laman rasmi yang boleh digunakan untuk pembayaran zakat fitrah berserta panduan langkah demi langkah bagi memudahkan pembaca:
1. Aplikasi Touch ‘n Go
- Buka aplikasi Touch ‘n Go.
- Pergi ke bahagian My Favourite > More > Speciality Services > Zakat.
- Pilih negeri dan jenis zakat (Fitrah).
- Lengkapkan maklumat peribadi: nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon dan alamat.
- Masukkan jumlah bayaran (rujuk kadar zakat fitrah negeri terlebih dahulu).
- Sahkan pembayaran dan baki akan ditolak daripada akaun.
2. Aplikasi TheNoor
- Buka aplikasi TheNoor.
- Pergi ke bahagian Home > Zakat & Fidyah.
- Pilih negeri / pusat zakat.
- Pilih jenis zakat, tahun bayaran dan jumlah bayaran.
- Lengkapkan maklumat peribadi: nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon dan alamat kediaman.
- Tekan Pay Now, baca lafaz niat bayar zakat kemudian buat pembayaran melalui perbankan dalam talian atau e-wallet.
3. Aplikasi Tulus / SnapNPay
- Buka aplikasi Tulus / SnapNPay.
- Pergi ke bahagian Home > Zakat.
- Pilih negeri / pusat zakat.
- Pilih jenis zakat dan lengkapkan maklumat peribadi: nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon, alamat serta jumlah tanggungan.
- Pilih nilai zakat fitrah, kemudian baca lafaz niat.
- Tekan Pay Now kemudian buat pembayaran melalui perbankan dalam talian.
4. Aplikasi Boost
- Buka aplikasi Boost dan log masuk.
- Pergi ke bahagian Home > More > Community Services > Zakat Collection.
- Pilih pusat zakat (buat masa ini hanya menyokong Kuala Lumpur).
- Masukkan nombor kad pengenalan.
- Lengkapkan maklumat peribadi: nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon, alamat, serta jumlah tanggungan.
- Pastikan baki dalam Boost Wallet mencukupi kerana jumlah bayaran akan ditolak terus daripada akaun.
5. Laman Web MYEG
- Buka laman web rasmi MYEG (boleh teruskan tanpa log masuk).
- Pergi ke bahagian Zakat > Calculate & Pay Zakat.
- Pilih negeri dan jenis zakat.
- Masukkan jumlah nilai bayaran zakat.
- Lengkapkan maklumat peribadi: nombor kad pengenalan, nama penuh, nombor telefon, dan alamat.
- Semak butiran (Preview Details) kemudian tekan Confirm & Pay.
- Buat pembayaran melalui pilihan yang disediakan seperti perbankan dalam talian, perbankan korporat atau kad kredit/debit kemudian tekan ‘Proceed’.
Portal Rasmi Pungutan Zakat Negeri
Sebagai alternatif, anda juga boleh menunaikan zakat fitrah terus melalui portal rasmi pusat pungutan zakat negeri masing-masing. Berikut ialah pautan utama yang boleh diakses:
- Portal Rasmi Jabatan Agama Islam Negeri Johor
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Negeri Kedah Darul Aman
- Portal Rasmi Zakat Melaka
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam & Adat Istiadat Melayu Kelantan
- Portal Rasmi Zakat Pahang
- Portal Rasmi Pembayaran Zakat MAINS
- Portal Rasmi Zakat Pulau Pinang
- Portal Rasmi Zakat Perak-MAIPk
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
- Portal Rasmi Majlis Ugama Islam Sabah – MUIS
- Portal Rasmi Tabung Baitulmal Sarawak
- Portal Rasmi Lembaga Zakat Selangor
- Portal Rasmi Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu
- Portal Rasmi PPZ MAIWP
(Nota Penting):
- Lafaz niat wajib dibaca sendiri sebelum membuat pembayaran melalui semua platform.
- Pastikan kadar zakat fitrah negeri dirujuk terlebih dahulu sebelum memasukkan jumlah bayaran.



