Zakir Naik salur wang menang saman RM1.52 juta kepada Palestin

Politics
3 Nov 2023 • 10:33 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Dr Zakir Naik berkata, beliau mendermakan kesemua RM1.52 juta wang hasil kemenangannya dalam kes saman fitnah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy kepada rakyat Palestin.

Katanya, ia sebagai usahanya untuk membantu meringankan bebanan rakyat di negara berkenaan yang kini berdepan konflik dengan Israel.

“Saya mahu mengucapkan terima kasih kepada Mahkamah Tinggi Malaysia kerana memerintah Ramasamy membayar ganti rugi fitnah sebanyak RM1.52 juta.

“Saya ingin mendermakan jumlah penuh RM1.52 juta kepada Palestin. Dalam melindungi Masjid Aqsa, tapak ketiga paling suci dalam agama Islam, mereka sedang menjalankan Fardu Kifayah mewakili seluruh umat Islam,” katanya menerusi hantaran di Facebook.



Zakir berkata, beliau turut berdoa agar Allah memberikan keteguhan dan kemenangan kepada penentangan Palestin.

“Semoga Dia meringankan penderitaan saudara kita di Palestin, menguatkan mereka melawan penindas mereka,” katanya.

Semalam, Mahkamah Tinggi memerintahkan Ramasamy membayar sejumlah RM1.52 juta selepas kalah saman fitnah terhadap Zakir.

Terdahulu, Zakir memfailkan saman terhadap Ramasamy kerana menerbitkan beberapa catatan di media sosial yang dianggap fitnah. - 3 November, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved