Zalif Sidek Dah Bergelar Bapa, Dedah Sedikit Wajah Comel Pipi Merah Anaknya 

18 Jan 2023 • 7:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zalif kini bergelar bapa selepas isterinya Anis Marzuki selamat melahirkan bayi perempuan. - Gambar Instagram Zalif Sidek

Pelakon dan pelawak, Zalif Sidek telah pun bergelar bapa apabila isteri tercintanya, Anis Marzuki selamat melahirkan zuriat pertama mereka di Hospital Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, kira-kira jam 9.15 malam semalam. 

image is not available
Anis Marzuki - Gambar Instagram Zalif Sidek

Berkongsi gambar separa zuriatnya yang juga seorang bayi perempuan yang comel berpipi merah di media sosialnya beberapa jam yang lalu, Zalif Sidek tidak dapat menzahirkan rasa gembiranya dengan rezeki dan anugerah yang diberikan Tuhan itu. 

“Tiada ada kata kata yang boleh diungkapkan dengan rasa syukur atas kelahiran anak pertama kami di dunia.
“Syukur Alhamdullilah. Terima Kasih Allah SWT. Semoga baby kami sentiasa sihat dan selalu dalam lindungan Tuhan.

image is not available
Gambar Instagram Zalif Sidek



Zalif turut mengucapkan terima kasih kepada isterinya, Anis Marzuki yang telah bertarung nyawa untuk melahirkan anak mereka serta rakan seperjuangan dan netizen yang telah memberikan ucapan tahniah. – Getaran, 18 Januari 2023