Zaliha arah DBKL pantau isu ulat parkir

30 Dec 2023 • 4:48 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah meningkatkan rondaan dan pemantauan di sekitar ibu negara bagi menangani aktiviti ulat parkir yang mengundang resah warga kota.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa berkata, kegiatan haram seperti itu tidak sepatutnya berlaku dan tindakan tegas juga perlu diambil ke atas mereka yang terlibat.

“Dalam beberapa hari ini, saya lihat banyak keluhan berkenaan isu ulat parkir di Kuala Lumpur. Saya telah arahkan @DBKL2u (DBKL) untuk tingkatkan pemantauan dan rondaan serta ambil tindakan ke atas aktiviti seperti ini,” katanya menerusi hantaran di laman X hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial TikTok video dimuat naik individu yang memaparkan kesan calar pada bahagian pintu keretanya dipercayai dilakukan ulat parkir kerana enggan membayar RM15 caj parkir.

Menurut mangsa, kejadian itu dilaporkan berlaku empat hari lepas di kawasan letak kereta berhampiran Maybank di Bukit Bintang. - 30 Disember, 2023

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved