Zalim Kalau Mampu Bayar Hutang Tapi Sengaja Tangguh – Ustaz Wadi Annuar

LocalPersonal Finance
18 Mar 2026 • 10:52 AM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

image is not available

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Jika sudah namanya manusia, pasti akan diuji dengan cabaran dan ujian dalam kehidupan.

Keadaan sebegitu kadangkala memaksa seseorang untuk berhutang dan meminjam khususnya wang daripada orang lain.

Namun entah mengapa, ada segelintir yang dilihat seolah-olah lupa diri dan menangguh bayaran hutang bila sudah berkemampuan sedangkan membayar hutang adalah satu kewajipan.

Mampu Tapi Tangguh Bayar Adalah Perbuatan Zalim

Tahukah anda, menangguh bayaran hutang sedangkan mampu untuk berbuat demikian adalah perbuatan zalim?

Malah, roh seseorang itu boleh tergantung selagi hutangnya masih belum dibayar.

Perkara itu dijelaskan oleh penceramah dan pendakwah, Ustaz Wadi Annuar dalam satu hantaran di Threads miliknya.

“Mampu bayar hutang tapi sengaja tangguh adalah satu kezaliman. Ingat, roh seseorang itu boleh tergantung sehingga hutangnya diselesaikan. Sampaikan pesanan ini kepada si penghutang,” jelasnya.

Dalam hantaran berkenaan, beliau turut berkongsi sabda Nabi Muhammad SAW tentang penangguhan bayaran hutang.

“Nabi Muhammad SAW bersabda: Penangguhan pembayaran hutang oleh orang yang mampu adalah satu kezaliman. (HR al-Bukhari & Muslim).

“Roh seorang mukmin itu tergantung dengan hutangnya, sehinggalah hutang itu dilunaskan bagi pihaknya.” (Riwayat al-Tirmizi).

“Walaupun si mati seorang mukmin, kedudukannya di sisi Allah tetap tertahan sehinggalah hutangnya dijelaskan.

“Waris si penghutang wajib selesaikan bayaran daripada harta peninggalan atau sumbangan sendiri demi membebaskan roh si mati,” terangnya.

View on Threads

Haram Jika Sengaja Tangguh Bayar Hutang

Jelas Ustaz Wadi Annuar lagi, haram hukumnya jika seseorang itu mampu tapi sengaja melambatkan bayaran hutang.

Namun bagi pemiutang, hukumnya adalah sunat jika memberi peluang serta tempoh jika si penghutang betul-betul berada dalam kesusahan.

“Allah SWT berfirman: ‘Dan jika orang yang berhutang itu dalam kesempitan, maka berilah tempoh sehingga dia lapang. Dan (sekiranya) kamu menyedekahkan (membebaskan) hutang itu, adalah lebih baik buat kamu, sekiranya kamu mengetahui.’ (Surah al-Baqarah: 280)”, jelasnya lagi.

View on Threads

Baca Artikel Berkaitan: Wajib Bayar Duit Hutang Dengan Mak Ayah Walaupun Sudah Meninggal Dunia – UAI [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Boleh Ke Suami Berhutang Mas Kahwin Kepada Isteri? Ini Penjelasan Pejabat Mufti WP