Zambry Iring PM Ke Qatar, Rasmikan Kampus Luar UKM Di Doha

LocalPolitics
13 May 2024 • 10:21 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tiba di Doha bagi mengiringi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam lawatan rasmi selama dua hari.

Menerusi akaun Facebook miliknya, Zambry menjelaskan lawatan ini adalah atas jemputan Emir Qatar, Sheikh Tamim Hamad Al Thani sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Malaysia dan Qatar.

image is not available

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

Beberapa perkara yang melibatkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam lawatan kali ini ialah pembukaan rasmi kampus luar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di Doha serta perjumpaan dengan Menteri Pendidikan dan Pendidikan Tinggi Qatar.

“Saya juga akan mengadakan pertemuan dengan Qatar Foundation bagi membincangkan berkenaan biasiswa dan bantuan pendidikan tinggi kepada pelarian serta pelajar dari negara berkonflik.

“Insya-Allah kita doakan lawatan ini akan memberi manfaat kepada negara dalam pelbagai sektor termasuklah pendidikan tinggi negara terutamanya dalam hubungan pengantarabangsaan,” tulisnya hari ini.

image is not available

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

Turut mengiringi Perdana Menteri, Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

image is not available

Foto: FB Zambry Abd. Kadir

Terdahulu, media melaporkan lawatan ini juga akan melibatkan pertemuan dua hala di antara Perdana Menteri dengan Sheikh Mohammed bin Abdulrahman bin Jassim Al-Thani, Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Qatar.

Kedua-dua pemimpin dijangka membincangkan kemajuan hubungan dua hala terutamanya mengenai kerjasama ekonomi dan pendidikan serta bertukar-tukar pandangan mengenai isu serantau dan antarabangsa, termasuk konflik Palestin-Israel.

Sumber: Facebook Zambry Abd. Kadir