Zambry Tawar Diri Bertanding Naib Presiden UMNO

Politics
25 Feb 2023 • 7:14 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zambry Abdul Kadir - Gambar oleh Azim Rahman

KUALA LUMPUR - Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir semalam mengumumkan beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Naib Presiden dalam  pemilihan parti itu  bagi penggal 2023-2026. 

Beliau yang juga Menteri Luar memaklumkan perkara itu menerusi satu hantaran di Facebook beliau malam tadi. 

“Saya dengan rasa rendah diri menawarkan diri untuk calon Naib Presiden UMNO bagi pemilihan UMNO penggal 2023-2026.

Saya mohon sokongan dan dokongan sahabat-sahabat semua,” katanya. 

Pemilihan UMNO diadakan bermula 1 Feb lepas hingga 18 Mac ini dengan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan dan Pemilihan Jawatankuasa Cawangan Wanita, Pemuda dan Puteri Cawangan pada 1 hingga 26 Feb.

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian bersama Pemilihan Exco Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Pusat pula bakal diadakan serentak di seluruh negara pada 11 Mac. 

Mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Jawatankuasa UMNO Bahagian bersama Pemilihan Ahli Majlis Tertinggi UMNO pula diadakan serentak di seluruh negara pada 18 Mac. - Bernama