Zamsaham tak jadi jual Kelantan FC

Football
19 Apr 2023 • 9:27 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Norizam

NORIZAM Tukiman membatalkan hasratnya mahu menjual Kelantan FC selepas tiada mana-mana pihak berani tampil menawarkan hasrat mengambil alih kelab tersebut.

Menurut Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham, ramai yang hanya berani memberikan komen dan kritikan tetapi tidak sanggup mengambil risiko membeli skuad The Red Warriors (TRW) itu.

"Genap sudah tujuh hari (pada Selasa). Yang bercakap dan komen ramai tetapi sayangnya tiada sorang pun yang nak ambil risiko, keluar duit, atau pendek cerita ambil alih sepenuhnya A - Z Kelab TRW Kelantan FC dari saya," katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.

Sebelum ini, Zamsaham terfikir untuk melepaskan saham pasukan itu kepada individu yang mampu selepas berdepan kritikan berhubung prestasi semasa Kelantan FC.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan akan terus berjuang membangunkan Kelantan FC sehingga masa yang sesuai.

Malah, beliau juga telah berjumpa dengan pemilik pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk mendapatkan inspirasi memacu pasukan pantai timur itu.

"Maka, selepas berjumpa dengan DYMM TMJ semalam, saya dapat semangat baru,inspirasi untuk saya teruskan menerajui kelab ini dan buat yang terbaik.

"Mungkin tak sekelip mata tapi berperingkat dan berfasa," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved