Zaquan Adha dapat kerja baharu

14 Mar 2024 • 4:07 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zaquan Adha (kanan) memuat naik video menandatangani tawaran, namun belum mahu mendedahkan peranan sebenarnya. Foto Instagram Zaqone_08.

image is not available
Zaquan Adha. Foto FB Negeri Sembilan FC

SELEPAS meluahkan hasrat untuk menggantung but setelah hampir dua dekad berbakti buat negara dalam arena bola sepak, Zaquan Adha Abdul Radzak sudah dapat tawaran baharu.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh penyerang berusia 37 tahun itu menerusi laman sosial pada Khamis.

Pemain yang sinonim dengan jersi bernombor lapan itu yang kecewa kontraknya bersama Negeri Sembilan FC tidak disambung memberi bayangan bahawa dia sudah ada kerja baharu.

Zaquan Adha memuat naik video yang memaparkan dia menandatangani kontrak di sebuah premis bersama seorang wanita.

**media[2574964]**

"Di antara hikmah tertutupnya satu pintu rezeki, maka akan terbuka pintu rezeki lainnya," catatnya menerusi hantaran di Instagram pada Khamis.

Zaquan Adha bagaimanapun belum mahu mendedahkan hala tuju dan peranan terbaru menerusi tawaran yang diterimanya itu.

"Jika ALLAH (dengan hikmahNya) berkehendak menutup salah satu jalan rezeki mu, Dia pasti (dengan rahmatNya) membuka jalan lain yang lebih bermanfaat bagimu," katanya.

Bekas kapten Harimau Malaya itu pada Rabu mengucapkan selamat tinggal kepada arena bola sepak selepas hampir 20 tahun menabur bakti dalam Liga Malaysia.

Ia bukan penamat yang diidamkan Zaquan Adha memandangkan dia hanya diutuskan sekeping surat memaklumkan kontraknya bersama Negeri Sembilan tidak dilanjutkan.

@sinarharianonline

Zaquan Adha dapat kerja baharu #fyp #SinarHarian #SinarTerkini #Semasa #Nasional #Sukan #ZaquanAdha #BolaSepak #Atlet #Kerjaya

Happy (Originally performed by Pharrell Williams) - Instrumental Version - StudiOke

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved