Zaquan Adha Luah Perasaan Rindu Selepas Dua Hari Pemergian Anak Syurga

LocalFootball
14 Feb 2025 • 11:21 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
zaquan adha

Bekas pemain bola sepak negara, Zaquan Adha Abdul Radzak meluahkan rasa rindu terhadap anak bongsunya, Muhammad Aisy Al Rees, yang meninggal dunia ketika tidur dua hari lalu.

Dalam hantaran InstaStory, Zaquan berkongsi foto tilam dan bantal milik arwah sambil berkata kehidupannya kini terasa sunyi tanpa kehadiran anak syurganya.

Ya Allah, dua hari yang sangat sunyi tanpa anak syurga daddy. Berbahagialah adik Rees di sana. – Tulisnya dengan penuh emosi.

image is not available

Sebelum ini, Zaquan mendedahkan pemergian anak ketujuhnya menerusi satu hantaran di Instagram. Difahamkan, Muhammad Aisy Al Rees tidak mengalami sebarang sakit dan menghembuskan nafas terakhir secara mengejut sekitar jam 1 petang pada Selasa lalu di Seremban.

Jenazah bayi berusia 6 bulan itu selamat dikebumikan di Makam Tuan Haji Said, Sikamat, Negeri Sembilan pada jam 9.22 pagi, Rabu.

image is not available

Muhammad Aisy Al Rees dilahirkan pada 2 Ogos tahun lalu jam 12.57 tengah hari. Zaquan dan isterinya, Ayu Raudhah, terkenal sebagai pasangan selebriti yang dikurniakan ramai anak berbanding rakan artis lain.

Mereka memiliki tujuh cahaya mata termasuk Muhammad Aisy Qaiser, 12, Muhammad Aisy Aryann, 11, Laura Zuleykha, 8, Muhammad Aisy Khaliq, 6, Muhammad Aisy Al Jibreel, 3, dan seorang lagi anak yang kini berusia setahun.

image is not available

#ApaKataOhmedia

Kehilangan anak pasti menjadi ujian paling berat buat ibu bapa. Semoga Zaquan dan keluarganya tabah menghadapi dugaan ini. Buat ibu bapa di luar sana, hargailah setiap saat bersama anak-anak selagi mereka masih ada.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Instagram


The post

appeared first on

.