Zara Zya luah sebak, kucing kesayangan hidap penyakit ‘Feline Leukemia Virus’

24 Sep 2025 • 4:18 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon popular, Zara Zya luah sebak apabila memaklumkan kucing kesayangannya, Beshetik, disahkan menghidap penyakit leukemia atau Feline Leukemia Virus (FeLV).

Menurut Zara atau nama lengkapnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, walaupun berita itu cukup menyedihkan, namun dia memilih untuk kekal tabah kerana percaya haiwan peliharaannya itu memerlukan kasih sayang dan semangat daripadanya.

Zara Zya luah sebak

Instagram will load in the frontend.

“Baru dapat tahu hari ini, kucing kesayangan saya beshetik ada leukemia (FeLV).

“Memang sedih bila dengar tapi saya pilih untuk terus kuat, sebab dia pun perlukan kasih sayang dan semangat saya.

“Ada tak sesiapa yang pernah jaga kucing dengan keadaan macam ni?

“Saya nak belajar cara terbaik untuk pastikan dia tetap bahagia dan rasa disayangi walaupun sakit. Doakan beshetik ya,” katanya di Instagram, hari ini.

Zara Zya luah sebak

image is not available
image is not available

Netizen kongsi pengalaman

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu berkongsi pengalaman cara menjaga kucing mereka yang turut berdepan penyakit yang sama.

image is not availableimage is not availableimage is not available

Semoga Zara terus kuat

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi daripada peminat dan pengikut media sosial yang mendoakan agar Zara terus kuat dalam menghadapi dugaan selain berharap haiwan kesayangannya itu dapat kembali sembuh seperti sedia kala.

image is not availableimage is not available

Untuk makluman, Leukemia kucing atau FeLV ialah virus yang menyerang sistem imun dan darah kucing, menjadikan mereka lebih terdedah kepada penyakit lain serta komplikasi serius.

Virus ini boleh menyerang sumsum tulang dan sel darah, sekaligus melemahkan ketahanan tubuh kucing terhadap jangkitan sekunder.

Sumber: Instagram @Zara Zya