Zara Zya Tak Mahu Komen Tentang Shuib Sepahtu

Entertainment
19 Jul 2022 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Zara Zya - Gambar Instagram Zara Zya

Pelakon Zara Zya enggan memberikan sebarang komen apabila ditanya sejauh mana hubungannya dengan Shuib Sepahtu.

Pertanyaan itu dikemukakan buat Zara apabila sebuah video yang memperlihatkan kemesraannya bersama bekas suami Allahyarham Siti Sarah Raisuddin itu muncul di ruang media sosial, TikToK dan meraih banyak tontonan. 

Bahkan, ada di kalangan netizen yang membuat spekulasi bahawa Zara dan Shuib kini sedang bercinta dan turut mengharapkan hubungan mereka itu akan berkekalan hingga ke jinjang pelamin dan ia turut diperkatakan di ruangan Instagram Zara.

        View this post on Instagram                      

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

Saat ditanya, Zara terus tertawa sambil menekup muka. 

“Saya tak mahu komen. Apa yang saya buat, di mana saya berada dan dengan siapa, selagi tiada ikatan saya mampu lakukan. 

“Doakan yang yang baik-baik. Tapi, apa yang boleh saya katakan, selepas ini saya akan membuka cawangan Bumble Bee,” katanya lagi sewaktu diwawancara di sidang media virtual untuk drama 'Honey-Moon' yang dibintanginya bersama Ben Amir. 

Adakah kenyataan ini mampu melenyapkan spekulasi bahawa Zara dan Shuib sedang bercinta? Atau, adakah ia bakal menambahkan lagi keyakinan bahawa hubungan mereka lebih dari sekadar rakan artis dan rakan niaga? Sama-sama kita nantikan.

image is not available
Zara kini membintangi drama 'Honey-Moon' bersama Ben Amir - Gambar Instagram @zarazya

Drama bersiri 'Honey-Moon' arahan Pali Yahya yang turut dibintangi Hanna Aqeela, Azizul Ammar, Wanss Ahmad, Neera Azizi, Dynas Mokhtar, Fazlian Ahmad Daud, Rashdan Baba dan Fiza Thomas ini ini sudah pun mula ditayangkan di TV3 pada 16 Julai lalu. 

Apa yang menarik, Zara membawakan watak sebagai gadis chubby di dalam drama ini yang mempunyai tunangan yang kacak dan tampan. Mereka berkahwin tetapi kemudian rumah tangga mereka mula goyah dan dilanda badai kerana sikap masing-masing. - Getaran, 19 Julai 2022

View Original Article