Zarif Ghazzi turun 21 kg untuk watak Abbas

EntertainmentMovie
6 Aug 2026 • 1:00 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Zarif Ghazzi turun 21 kg untuk watak Abbas

PETALING JAYA: Pelakon, Zarif Ghazzi mengakui ciri-ciri dan karakter yang dimiliki watak Abbas yang dilakonkannya menerusi filem Kudrat 1968: High Council bertentangan dengan sikap sebenarnya.

Disebabkan itu, Zarif atau nama sebenarnya, Zarif Farahi Effie Ghazi menanggap watak tersebut cukup mencabar dan terlalu sukar untuk dihidupkan.

“Saya tidak nampak Abbas dalam diri saya, boleh kata 98 daripada 100 ciri-ciri yang terdapat dalam diri Abbas, tidak ada dalam diri saya.

“Sebab itu saya bekerja keras untuk mendapatkan ciri-ciri tersebut. Saya bukan pemarah atau suka bergaduh, tapi disebabkan watak itu, saya ubah semua untuk menghidupkan Abas dalam diri saya,” katanya.

Lima pelakon filem tersebut, yang selama satu tahun dirahsiakan, akhirnya didedahkan menerusi majlis khas anjuran Astro bertempat di The Campus, Ampang.

Selain Zarif, turut membintang Kudrat 1968: High Council adalah Evertt Gomes, Akmal Ashraf, Dai Fuad, Chech Harith dan Mierul Aiman.

Dalam majlis tersebut, lagu Manifestasi yang dinyanyikan penyanyi, Sharul Kamal yang menjadi runut bunyi filem berkenaan turut diperdengarkan buat pertama kali.

Dalam pada itu, Zarif memaklumkan filem itu karakter Abbas juga menuntut dia untuk menurunkan berat badan selain menggelapkan kulit untuk menampakkan ciri-ciri pelajar sekolah

“Untuk watak ini, saya perlu kurangkan berat badan, dari 90 kilogram (kg) kepada 69 kg.

“Itu bukan perkara mudah kerana saya perlu jaga pemakanan yang mana saya makan sekali sehari dan bersenam setiap hari,” kongsinya.

Sementara itu, pelakon berasal dari negeri Johor ini memberitahu dia dan barisan pelakon lain dilarang mendedahkan mengenai watak atau filem berkenaan sehingga ia diumumkan semalam. Katanya, perkara itu merupakan satu amanah yang cukup besar untuk dijaga.

“Ramai yang bertanya, tapi kami mengunci mulut. Saya hanya memaklumkan yang saya berlakon cerita pelajar sekolah, selebihnya membiarkan orang berteka teki,” ujarnya. – UTUSAN

 

 

The post Zarif Ghazzi turun 21 kg untuk watak Abbas appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved