Zarina Anjoulie kongsi video masak, kemunculan Hot Daddy cetus tanda tanya?

EntertainmentFood
18 Aug 2025 • 9:51 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Pelakon sensasi, Zarina Anjoulie kembali mencetuskan kontroversi di kalangan netizen apabila berkongsi sebuah video bersama pelakon pornografi dikenali sebagai Hot Daddy.

Kongsi video masak dengan Hot Daddy

image is not available

Menerusi hantaran di Instagram, Zarina atau nama lengkapnya Zarina Anjoulie Lavocah dilihat berbual mesra bersama beberapa wanita lain sambil memasak di dapur.

Instagram will load in the frontend.

Namun apa yang lebih mengejutkan, perkongsian itu menyaksikan kemunculan Hot Daddy yang pernah menjadi buruan polis kerana terlibat dalam jenayah penjualan video lucah.

“Hari ini kita masak-masak. Mereka masak sedap-sedap. Saya kena belajar dengan mereka macam mana nak masak. Saya hanya pandai buat salad sahaja,” kata Zarina di Instagram, semalam.

image is not available

Bagaimanapun, motif sebenar Zarina bersama mereka masih belum dapat diketahui dan hanya mendedahkan mahu bekerjasama dalam menghasilkan konten buat pengikutnya.

“Terima kasih, banyak lagi video akan keluar bersama mereka,” jelasnya.

Untuk info, Hot Daddy atau nama sebenarnya Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli pernah didakwa pada 2024 atas tuduhan membuat pengiklanan khidmat persundalan menggunakan aplikasi X selain menjual rakaman video lucah.

Namun, pada Disember tahun sama, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melepas tanpa membebaskan beliau dan dua rakan wanitanya.

Sumber: Instagram Zarina Anjoulie