Zayn Rayyan dibunuh

7 Dec 2023 • 5:02 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR - Kematian kanak-kanak autisme berusia enam tahun, Zayn Rayyan Abdul Matiin diklasifikasikan sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkannya susulan penemuan kesan kecederaan di leher dan badan.

"Kes ini kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,'' katanya seperti yang dilaporkan Bernama.

Zayn Rayyan, yang dilaporkan hilang sejak tengah hari, Selasa lalu, di Damansara Damai ditemukan meninggal dunia di aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya, malam tadi.

Kali terakhir Zayn Rayyan dilihat di rumahnya di Blok R, Apartment Idaman, Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya pada jam 12 tengah hari.

Berikutan itu, mayat kanak-kanak tersebut telah dihantar ke Pusat Perubatan Unversiti Malaya (PPUM) untuk proses bedah siasat. - 7 Disember, 2023

The post Zayn Rayyan dibunuh appeared first on Scoop.