Zazuli dilantik Ketua Pengarah Kastam baharu

LocalPolitics
12 Jul 2022 • 2:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

PUTRAJAYA - Datuk Zazuli Johan dilantik sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baharu berkuat kuasa 8 Julai 2022, umum Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, pada Selasa.

Zazuli, yang sebelum ini merupakan Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman dan Cukai Dalam Negeri), menggantikan Datuk Seri Abdul Latif Abdul Kadir yang tamat tempoh lantikan secara kontrak pada 24 Mac 2022.

Mohd Zuki dalam satu kenyataan berkata Zazuli, 59, berpengalaman luas dalam pelbagai bidang termasuk kawalan import eksport, pengurusan pematuhan, cukai barang dan perkhidmatan (GST), perkastaman dan percukaian.

"Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimilikinya akan membolehkan beliau meneruskan aspirasi Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ke arah pentadbiran kastam bertaraf dunia,” katanya.

Bagi pihak kerajaan, Mohd Zuki turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Abdul Latif atas jasa dan khidmat bakti beliau kepada negara sebagai penjawat awam selama 37 tahun. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved