Zeekr 009 Executive AWD Berharga RM299,800, Jarak Gerak 604KM

LocalCars
19 Aug 2025 • 4:45 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Zeekr Malaysia mengesahkan Zeekr 009 Executive kini dijual pada harga RM299,800 selepas melancarkan Pusat Zeekr di pusat beli-belah KLCC, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Zeekr 009 Executive menampilkan tetapan pacuan roda hadapan dengan satu motor yang mampu menghasilkan kuasa setakat 335 hp dan 373 Nm.

image is not available

Ia yang dikuasakan oleh bateri 116 kWh, menawarkan jarak pemanduan sehingga 604 KM mengikut penarafan WLTP dan mampu memecut dari 0–100 km/j hanya dalam hanya 7.9 saat.

Bagi menambahkan keselesaan dari segi pemanduannya, ia ditambah baik dengan suspensi udara dua ruang, selain dipadankan dengan sistem peredam getaran elektromagnetik CCD serta teknologi eksklusif Magic Carpet Control daripada Zeekr, yang meningkatkan kelancaran dan respons dinamik pemanduan.

image is not availableimage is not available

Menjengah bahagian kabinnya, ia mengekalkan kemewahan seperti varian Luxury, lengkap dengan fungsi pengudaraan, urutan, dan memori. Selain itu, ia turut dilengkapi dengan skrin OLED 17-inci yang dipasang pada bumbung serta sistem audio Yamaha 30 pembesar suara berteknologi surround bumbung panaromik berkembar dan banyak lagi.

image is not availableimage is not available

Dari segi reka bentuk luaran, 009 Executive mengekalkan imej gagah sama seperti model lain dalam siri ini, dengan ukuran panjang 5,209 MM dan lebar 2,024 MM. Ia menggunakan rim aloi aero StarLight 19-inci bersama tayar 225/50R19, yang mengimbangi gaya dan kecekapan. Lampu LED dengan reka bentuk tersendiri, bumbung suria berkembar yang luas, dan garisan badan yang kemas menguatkan identiti kemewahan futuristiknya.

Setiap pembelian varian Executive akan disertakan dengan waranti kenderaan 5 tahun/150,000 KM, waranti bateri 8 tahun/160,000 KM, serta dua tahun perkhidmatan sambungan percuma, dengan 6GB data bulanan untuk aplikasi Zeekr, navigasi, dan kemas kini OTA.

Dengan harga RM299,800, Zeekr 009 Executive bersaing rapat dengan Denza D9 Advance FWD (RM259,000) dan XPeng X9 Long Range 2WD Pro (RM269,888).