Zeekr 7X Rasmi Dilancarkan di Malaysia, SUV Premium Elektrik Bermula RM179,800

LocalTechnology
25 Aug 2025 • 5:02 AM MYT
TW Media
TW Media

Gedung Info Permotoran

image is not available

Kuala Lumpur, 22 Ogos 2025 – Malam penuh bergaya di Menara KL menjadi saksi pelancaran rasmi Zeekr 7X, SUV elektrik premium terbaharu daripada Zeekr Malaysia. Dengan pencahayaan jingga ikonik pada Menara KL, acara ini menandakan era baharu mobiliti pintar di Malaysia.

Zeekr 7X ditawarkan dalam tiga pilihan varian:

  • RWD Standard – 480km (WLTP), bateri 75kWh
  • RWD Long Range – 615km (WLTP), bateri 100kWh
  • AWD Performance – 0-100km/j hanya 3.8 saat, pacuan semua roda dengan kuasa 475kW dan tork 710Nm

Kesemua model hadir dengan seni bina 800V pengecasan pantas sehingga 450kW, memastikan pemandu menikmati perjalanan jarak jauh dengan masa pengecasan minimum.

Interior Zeekr 7X menampilkan gabungan teknologi pintar dan kemewahan moden:

  • Paparan AR-HUD 36 inci & skrin sentral 16 inci 3.5K
  • Sistem bunyi Zeekr Sound Pro dengan 21 pembesar suara 2160W
  • Kerusi kulit NAPPA (AWD Performance), fungsi urut, memori & ventilasi
  • Bumbung panoramik 1.84m² terbesar dalam segmennya, dilengkapi penebat UV hampir 100%

Selain itu, ciri pencahayaan ambien 256 warna dengan 11 zon cahaya menambah suasana futuristik di ruang kabin.

Zeekr 7X menerima penarafan 5 bintang EURO NCAP dengan struktur badan berketahanan tinggi, perlindungan bateri canggih, dan lebih 40 ujian pelanggaran ekstrem. Ia juga dilengkapi teknologi ADAS L2.5 termasuk Adaptive Cruise, Auto Lane Change, Lane Keeping, AEB, dan Parking Assist.

Menariknya, Zeekr 7X merupakan EV pertama di dunia yang menerima penarafan keselamatan dwielektromagnetik (EM), memberi perlindungan tambahan terhadap radiasi EM untuk penumpang.

Harga Rasmi di Malaysia

  • RWD Standard – RM179,800
  • RWD Long Range – RM190,800
  • AWD Performance – RM226,800

Setiap pembelian disertakan:

  • Waranti kenderaan 5 tahun atau 150,000km (yang mana sampai dahulu)
  • Waranti bateri 8 tahun atau 160,000km (yang mana sampai dahulu)
  • Perkhidmatan terhubung percuma setahun
  • Pengecas dinding 22kW & tinta solar percuma

image is not available
Alex Bao
Pengarah Urusan, Zeekr Southeast Asia

Menurut Alex Bao, Managing Director Zeekr Southeast Asia, lebih 1,000 tempahan telah diterima sejak Mei lalu. “Kami komited untuk memastikan penyerahan segera agar pelanggan dapat merasai pengalaman premium Zeekr 7X secepat mungkin,” ujarnya.

Dengan kombinasi prestasi, kemewahan dan keselamatan bertaraf dunia, Zeekr 7X meletakkan tanda aras baharu dalam segmen SUV elektrik premium di Malaysia.