Zeekr Tubuh NSC, 8 Bilik Pameran Baharu Bakal Dibuka

LocalBusiness & Finance
30 Jun 2025 • 2:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Zeekr, jenama kenderaan elektrik (EV) mewah di bawah kumpulan Geely secara rasmi menubuhkan Syarikat Jualan Nasional (NSC), Zeekr Intelligent Technology (Malaysia) Sdn Bhd dimana ia akan mengawal selia operasi, memperluaskan rangkaian pengedar, penjenamaan dan pemasaran termasuk operasi selepas jualan di Malaysia.

image is not available

Untuk itu, pengeluar automotif premium dari China itu akan memperluaskan rangkaian pengedarnya dengan membuka lapan lagi bilik pameran di lokasi seperti berikut:

Bandar Sunway – Dibuka Julai 2025Jalan Yap Kwan Seng, Kuala Lumpur – Dibuka Julai 2025Bangsar, Kuala Lumpur - Suku Ketiga 2025Skudai, Johor Bahru – Suku Ketiga 2025Penang – Suku Ketiga 2025Seremban – Suku Keempat 2025Melaka – Suku Keempat 2025Ipoh – Suku Keempat 2025

Buat masa ini, Zeekr mempunyai dua bilik pameran rasmi iaitu Zeekr Space di Petaling Jaya dan Zeekr Space di IOI Mall Puchong.

Selain itu, Zeekr juga sedang mencari rakan perniagaan dan calon pengedar baharu di kawasan utama lain seperti Cheras, Kuantan, Tebrau (Johor Bahru), Kuching, dan Kota Kinabalu.

Selain memperluas operasi jualannya, Zeekr juga akan menubuhkan tiga Pusat Servis Zeekr baharu yang terletak di Bandar Sunway (Selangor), Pulau Pinang, dan Johor Bahru dimana kesemuanya dijadualkan memulakan operasi menjelang akhir tahun 2025.

image is not availableimage is not available

Sementara itu, Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara, Alex Bao berkata, Malaysia merupakan salah satu pasaran paling penting bagi Zeekr di Asia Tenggara.

"Untuk itu, kami memberi komitmen serta sumber besar untuk membina kehadiran yang kukuh dan berpanjangan di sini,” kata Alex Bao, Pengarah Urusan Zeekr Asia Tenggara.

“Penubuhan NSC ini menandakan satu langkah penting dalam perjalanan tersebut. Saya amat yakin ia akan membolehkan Zeekr berhubung dengan pelanggan kami dengan lebih baik — untuk mendengar suara mereka, memahami keperluan mereka, dan memberikan perkhidmatan yang lebih prihatin,” tambah Alex

View Original Article