Zehranur Aydemir, ahli parlimen termuda Turkiye

19 May 2023 • 2:26 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Zehranur Aydemir menjadi ahli parlimen termuda untuk penggal ke-28 selepas memenangi kerusi di Pilihan Raya Umum Turkiye.

Zehranur Aydemir dari Parti AK menyatakan bahawa beliau mahu menumpukan kepada bidang perisian dan pengaturcaraan dalam sistem pendidikan untuk kanak-kanak supaya mereka dapat mengenali bakat sendiri.

image is not available

Beliau berasal dari Rize dan membesar di Ankara, memberitahu dia mempunyai dua pengkhususan major iaitu Kejuruteraan Industri dan Komputer.

Beliau memulakan kerjaya politiknya pada usia 18 tahun di Ankara dan diteruskan di Markas Besar AK Parti sebagai Timbalan Pengerusi Cawangan Belia AK Parti, Ketua R&D dan Pendidikan.

“Saya bertuah menjadi timbalan di Ankara, di mana saya mengambil langkah pertama dalam politik. Saya adalah saudara kamu yang memasuki Parlimen sebagai suara rakan-rakan muda kita,” katanya.

image is not available

Beliau yang bekerja sebagai jurutera perisian di sebuah syarikat yang memainkan peranan penting dalam sektor industri pertahanan Turki.

Aydemir berkata kerana profesionnya, beliau telah berpeluang menyaksikan secara dekat kerja yang dilakukan oleh Turki dalam bidang industri pertahanan dalam beberapa tahun terakhir.