Zenfone 10 temui pengguna pada 29 Jun 2023, ini rupa parasnya

Digital
19 Jun 2023 • 9:55 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Asus menjadualkan pelancaran siri Zenfone 10 mereka pada 29 Jun 2023. Sedang kita menghampiri tarikh tersebut, semakin banyak maklumat berkaitan telefon itu menyusup keluar ke dunia Internet, salah sautnya adalah rupa parasnya.

image is not available

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Evan Blass, Zenfone 10 bakal hadir dalam 5 warna iaitu hitam, biru, hijau, merah dan putih. Lebih menarik, ia akan mengekalkan fizikaliti kompak, sesuai untuk orang yang mengkehendakkan telefon dengan skrin bawah 6". Skrin Zenfone 10 katanya berukuran 5.9".

Daripada segi rekaan, ia masih mengekalkan rupa paras siri Zenfone 9.

image is not available
Zenfone 9

Spesifikasi teknikal Zenfone 10 masih tandus maklumatnya. Namun, ia seharusnya lebih baik daripada Zenfone 9 sekarang. Berikut adalah ringkasan spesifikasi Zenfone 9:

  • SoC Snapdragon 8+ Gen 1
  • Skrin 5.9", Super AMOLED 120Hz, 1100nits
  • Kombinasi RAM/Storan sehingga 16GB/256GB
  • Kamera belakang 50MP + 12MP (ultralebar)
  • Kamera depan 12MP
  • Bateri 4,300mAh, pengecasan 30W

image is not available

Peluang untuk telefon ini masuki pasaran Malaysia agak tipis. Hal ini kerana, kali terakhir Zenfone masuki Malaysia adalah siri Zenfone 8 tahun 2021. Satu-satunya telefon berjenama Asus yang ada dalam pasaran kita adalah ROG Phone.

Sumber: GSMArena

Bacaan berkaitan