Zhafri tuntut rakan kekal momentum, waspada PDRM

Football
27 Apr 2023 • 8:50 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Zhafri Yahya - Foto Facebok KL CITY FC

PEMAIN tengah Kuala Lumpur City FC (KL City FC), Zhafri Yahya berharap rakan sepasukan dapat mengekalkan momentum kemenangan apabila melayan kunjungan PDRM FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras pada Khamis.

Malah Zhafri yang telah bersedia untuk diturunkan selepas baru pulih kecederaan percaya tiga mata diraih ke atas The Cops adalah penting yang secara tidak langsung memperbaiki kedudukan pasukan dalam saingan liga.

“Selepas sebulan bergelut dengan kecederaan, alhamdulillah saya telah mula kembali jalani latihan sebelum berdepan Kedah Darul Aman tempoh hari. InsyaALLAH, perlawanan berdepan PDRM ini saya bersedia untuk diturunkan, namun bergantung kepada taktikal coach.

“Alhamdulillah syukur, saya gembira apabila keserasian dalam kalangan pemain KL City juga semakin baik dan mantap dalam tiga perlawanan terakhir liga sebelum ini.

“Cuma perlawanan berdepan PDRM kali ini, kami tidak boleh memandang rendah keupayaan pasukan lawan, sebaliknya perlu berwaspada dan tidak terikut ikut dengan corak taktikal PDRM,” katanya yang meraikan Aidilfitri di Klang dan Batu Pahat kali ini.

Sebagai rekod, The City Boys mula kembali ke prestasi sebenar dalam tiga perlawanan terakhir apabila menang 2-0 ke atas Sabah, Perak (1-0) dan Kedah Darul Aman (3-2).

KL City kendalian Bojan Hodak kini menghuni tangga ketujuh Liga Super dengan 12 manakala PDRM pula dikedudukan ke-10 dengan 10 mata hasil sembilan perlawanan - lebih satu aksi dari The City Boys.

LIGA SUPER 2023 - KHAMIS 27 APRIL

Sabah FC lwn Selangor FC

(Stdm Likas, 8.15 malam)

Kuala Lumpur City FC lwn PDRM FC

(Stdm Bola Sepak Kuala Lumpur, 8.15 malam)

Penang FC lwn Kuching City FC

(Stdm Bandaraya, 9 malam)

JUMAAT 28 APRIL

Terengganu FC lwn Sri Pahang FC

(Stdm Sultan Mizan Zainal, 9 malam)

Negeri Sembilan FC lwn Kedah Darul Aman FC

(Stdm Tuanku Abdul Rahman, 8.15 malam)

Kelantan FC lwn Perak FC

(Stdm Sultan Muhammad IV, 9 malam)

* Tarikh, venue, masa tertakluk pindaan MFL

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved