Ziana Zain Disoal Siasat Selama 3 Jam Hanya Untuk Bantu Siasatan – “Saya Bukan Suspek…”

LocalEntertainment
10 Feb 2025 • 10:46 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi popular, Ziana Zain menjelaskan kehadirannya memberi keterangan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) di Putrajaya Khamis lalu bukanlah sebagai suspek.

Memetik laporan Mstar, Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain berkata, kehadirannya sekadar membantu siasatan dan menjelaskan peranannya sebagai duta sebuah syarikat kewangan yang tumpas dalam Op Sky baru-baru ini.

image is not available

Pihak SPRM pun ada beritahu saya dipanggil untuk membantu dan menjelaskan saya bukan suspek.

 

Ketika siasatan mereka tanya berapa lama mengenali dan buat apa (dengan syarikat tersebut). Itu sahaja.

 

Jadi saya beritahu saya adalah duta, menyanyi dan selebihnya kami hanya berbual.

Dalam pada itu, penyanyi itu turut memberitahu siasatan berhubung isu tersebut sudah selesai sepenuhnya yang mengambil masa selama tiga jam.

image is not available

Penyanyi itu juga turut menyangkal dakwaan dia menerima bayaran mencecah RM400,000.

Susulan itu, penyanyi itu memilih untuk tidak mengulas panjang mengenai pembabitan syarikat tersebut dalam isu penggubahan wang haram dan memilih untuk menyerahkan siasatan kepada pihak SPRM.

Terdahulu, selain Ziana, pelakon Datuk Jalaluddin Hassan turut hadir ke ibu pejabat SPRM bagi tujuan siasatan.

image is not available 4 days ago

Op Sky : Jalaluddin Hassan Dan Ziana Zain Tiba Di SPRM Untuk Beri Keterangan, Dr Sheikh Muszaphar Turut Dipanggil