Ziana Zain Muncul Dengan Lagu Baharu Selepas 15 Tahun, Pilih Duet Bersama Hasif Upin

Music
30 Jun 2023 • 4:17 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
‘Waktu’ telah dicipta oleh penyanyi dan komposer yang semakin meningkat naik iaitu Firdaus Rahmat bersama dengan Iqie Hugh dan John Jeeves - Gambar Instagram Ziana Zain

Akhirnya selepas 15 tahun penantian peminat-peminat setianya, penyanyi terkenal, Ziana Zain muncul dengan lagu terbaharu berjudul 'Waktu', duet bersama Hasif Upin.

Kali terakhir Ziana muncul dengan lagu baharu adalah pada tahun 2008 menerusi lagu 'Dingin'. Selepas itu dia tidak merakam apa-apa lagu baharu. 

Lagu ‘Waktu’ telah dicipta oleh penyanyi dan komposer yang semakin meningkat naik iaitu Firdaus Rahmat bersama dengan Iqie Hugh dan John Jeeves.

        View this post on Instagram                      

A post shared by ZianaZain (@iamzianazain)

“Perdengarkan lagu terbaru Kak Gee (Ziana) setelah hampir 15 tahun menyepi tanpa muzik terkini. Naskah muzik istimewa ini dikongsi bersama pendatang baru penuh potensi, Hasif Upin. 

“Kak Gee gembira kerana kerjasama kami berdua untuk menghasilkan karya ‘epik’ ini. Semoga diterima baik seluruh penggemar muzik tanah air,” tulisnya di Instagram. 

Sementara itu, ramai peminat yang dilihat teruja dan gembira dengan kemunculan karya terbaharu dari Ziana. 

Biarpun ada segelintir yang mempersoalkan gandingan duetnya, namun perkara itu tidak menjadi penghalang untuk peminat menikmati lagu yang hebat dari gandingan dua generasi ini. 

Malah ada yang sudah tidak sabar untuk melihat Ziana dan Hasif membuat persembahan di pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik. 

image is not available
Antara komen peminat tentang lagu terkini Ziana Zain - Tangkapan layar Instagram

Tahniah diucapkan kepada Ziana Zain dan Hasif Upin di atas pelancaran lagu ‘Waktu’. Semoga diterima baik oleh pencinta muzik nusantara. – Getaran, 30 Jun 2023