Ziarah MADANI: Pesakit kanser payudara tahap empat di Kuantan terima sumbangan PM

LocalHealth & Fitness
15 May 2026 • 9:25 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Ziarah MADANI: Pesakit kanser payudara tahap empat di Kuantan terima sumbangan PM

SHAH ALAM, 15 MEI: Keprihatinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap nasib rakyat diteruskan apabila beliau menghulurkan sumbangan serta kotak makanan kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Juliana Nasruddin di Balok Makmur, Kuantan, Pahang.

Sumbangan itu disampaikan Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menerusi siri jelajah Ziarah MADANI Indera Mahkota.

Menerusi hantaran di Facebook yang turut dikongsikan Anwar hari ini, Ahmad Farhan berkata bantuan berkenaan bertujuan meringankan beban Juliana yang kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan bersama keluarganya.

“Beliau tabah membesarkan lima anak bersama suami yang menjalankan perniagaan kecil-kecilan demi menyara keluarga.

“Dalam keadaan diuji dengan masalah kesihatan, keluarga ini juga berdepan bil tertunggak dan saya mengambil inisiatif memberikan sumbangan bagi membantu meringankan beban yang ditanggung,” katanya.

Image from: Ziarah MADANI: Pesakit kanser payudara tahap empat di Kuantan terima sumbangan PM
Setiausaha Politik Perdana Menteri Datuk Ahmad Farhan Fauzi menyampaikan sumbangan dan kotak makanan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada pesakit kanser payudara tahap empat, Juliana Nasruddin ketika menziarahinya di Balok Makmur, Kuantan pada 15 Mei 2026. Foto Facebook Anwar Ibrahim

Beliau turut menyampaikan sumbangan mewakili Perdana Menteri selain mendoakan agar Juliana terus diberikan kekuatan, dipermudah segala urusan serta dikurniakan kesembuhan.

Ahmad Farhan turut berharap keluarga berkenaan sentiasa berada dalam rahmat dan perlindungan Allah SWT.

View Original Article