CNET merupakan salah satu laman berita teknologi yang diminati dan dirujuk ramai suatu ketika dahulu. Namun, dengan pelbagai laman-laman baru yang hadir ke arena web, CNET turut menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembaca dan mengekalkan impak laman web mereka.

Terbaru, Ziff Davis dilaporkan telah mengambil-alih CNET daripada Red Ventures pada nilai melangkaui $100 juta. Untuk makluman, Ziff Davis mempunyai sejumlah nama besar dibawah mereka, termasuk seperti PCMag, Mashable, IGN dan sebagainya.
CNET sebelum ini telah beberapa kali bertukar tangan pemilik. Diasaskan pada 1995, ia memfokuskan kepada perkongsian berita dan artikel memfokuskan kepada teknologi, dan gajet. Pada tahun 2008, ia telah dijual kepada CBS nilai mencapai $1.8 bilion, dan seterusnya pada 2020, Red Ventures telah membeli CNET pada nilai $500 juta.
Dengan peralihan pemilikan baharu ini, sama-sama kita harap agar CNET terus mekar seperti sebelum ini, dan hadir dengan pelbagai laporan dan artikel yang menarik dibawah Ziff Davis.
